Teamwork Enhancement Programme (TEP) Siri 2 2020

Pada 13-15 Ogos 2020 yang lalu, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) bersama dengan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesihatan (FHPK) telah menyertai Program Teamwork Enhancement Programme (TEP) Siri 2 2020 yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HRD), Pejabat Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan bertempat di Demong Beach Resort, Terengganu. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan aktiviti dimulakan dengan sesi perkenalan ‘Ice breaking’. Pelbagai aktiviti fizikal indoor dan outdoor yang menarik telah dijalankan antaranya Water Rafting, Mendaki Bukit Kluang, Survival Cooking, Treasure Hunt, Bina Jambatan dan Puzzle. Water Rafting adalah aktiviti riadah outdoor yang paling menarik  yang mana setip kumpulan akan diminta terlebih dahulu untuk membina rakit sebelum mereka semua mendayung rakit dan menikmati pemandangan alam semulajadi yang indah dan mendamaikan jiwa di Pantai Bukit Kluang. Melalui aktiviti riadah seperti Water Rafting ini bukan sahaja dapat memupuk semangat Teamwork antara ahli pasukan tetapi juga dapat mengurangkan tekanan yang melanda para peserta sebelum menghadiri TEP ini dan turut berfungsi sebagai terapi diri dan jiwa kepada para peserta. Melalui TEP, hubungan silaturrahim dapat diperkukuhkan di antara FBKT dan FHPK, dapat mengenali potensi diri dan seterusnya dapat membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai setiap matlamat yang ditetapkan.